Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #3

Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #3

25-08-2020 / Lawatan Muhibbah Alumniaga UniKL MIMET #3 ke
MSG Boat Services bertempat di Pejabat Urusan & Pusat Operasi Pembaikan di Mersing, Johor.
Anjuran Seksyen Teknoputra UniKL MIMET dengan kerjasama Teknoputra, UniKL Chancellery.

MSG Boat ditubuhkan pada 2018 berfokuskan perkhidmatan pembuatan dan pembaikan bot dalam pelbagai jenis material dan rekabentuk serta menyediakan pakej rekreasi dan sukan laut. Setakat hari ini MSG Boat mempunyai 4 unit boat lengkap aksesori dan fasiliti untuk pelbagai jenis aktiviti rekreasi dan sukan air.

Kepakaran anak muda graduan dari UniKL MIMET ini merupakan syarikat yang termuda dalam industri namun memberikan kecekapan dalam pengurusan pembinaan dan pembaikan serta pakej percutian setaraf syarikat-syarikat besar yang lain. Kini perniagaan anak muda ini menjadi mercu dan aspirasi kepada graduan institusi MARA yang lain.

Nakhoda perniagaan kini sedang melaksanakan gerak kerja bagi perkembangan syarikat untuk meluaskan bidang kerja bukan sekadar sektor maritim sahaja. Target tahun 2021, pengembangan perniagaan untuk memiliki 6 buat bot lengkap aksesori.

Ingin bekerjasama atau mendapatkan perkhidmatan terbaik percutian untuk keluarga dan rakan sekerja? bolehlah menghubungi terus melalui IG: MSG Boat Services atau En. Muhammad Sallehan Abd Ghafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *