Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #1

Lawatan Muhibbah Alumni Niaga ke Great Ocean Supply & Services Sdn Bhd (GOSB) bertempat di Pejabat Urusan GOSB, Menara Atlas Kuala Lumpur.

Anjuran Seksyen Teknoputra UniKL MIMET dengan kerjasama Teknoputra, UniKL Chancellery.

GOSB ditubuhkan pada Mac 2017 berfokuskan perkhidmatan pengurusan kapal dan kerja-kerja maritim. Setakat hari ini GOSB telah menguruskan 5 unit kapal yang merangkumi kapal jenis Fast Crew Boat, Anchor Handling Tug Boat, Landing Craft Tanker.

Gandingan kepakaran anak-anak muda graduan dari UniKL MIMET & UniKL MIAT ini merupakan syarikat yang termuda dalam industri namun memberikan kecekapan dalam pengurusan kapal setaraf syarikat-syarikat besar yang lain.

Kini nakhoda perniagaan sedang melaksanakan gerak kerja bagi perkembangan syarikat untuk memiliki asset kapal sekurang-kurangnya 1 unit kapal jenis Fast Crew Boat pada tahun ini dan mengunjurkan pertambahan aset sehingga 5 unit pada tahun 2023.

Ingin bekerjasama dan mendapatkan perhidamatan terbaik GOSB? bolehlah menghubungi melalui http://www.gosb.com.my/contact.html atau enquiry@gosb.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *