
Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #9 (24/9/2020)
Iz Zabell Wedding & Events
bertempat di butik Sri Manjung, Perak. Anjuran Seksyen Teknoputra UniKL MIMET
dengan kerjasama Teknoputra, UniKL Chancelery.
Iz Zabell
ditubuhkan pada tahun 2016 dengan permulaan bisnes ingin mencuba. Peningkatan
bisnes terus mendapat sambutan dengan strategi promosi yang betul dan mendapat
maklumbalas pelanggan yang memberangsangkan.
Pakej lengkap disediakan untuk pelanggan daripada
penyediaan makanan sehingga hiasan serta penghasilan album kenangan.
Aset dan kelengkapan yang lengkap, serta prop &
dais melebihi 100+ rekaan, telah memecah rekod pencapaian sebanyak RM100k dalam
1 majlis yang diuruskan di Lumut.
Ingin mendapatkan konsultasi bagi menyediaan majlis
rasmi & tidak rasmi, bolehlah menghubungi wasap.my/60189776159 atau wasap.my/60189669419 bagi mendapatkan
pakej-pakej menarik. Like & Share FB page: Izzabell Wedding Planner dan IG: izzabell_wedding_planner
untuk idea-idea terkini dalam majlis yang penuh bermakna anda.

