
Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #8 (24/9/2020)
SMSR Resources di
Pejabat Urusan, Pusat Perniagaan Manjung Point 1, Sri Manjung, Perak. Anjuran
Seksyen Teknoputra UniKL MIMET dengan kerjasama Teknoputra, UniKL Chancelery.
SMSR
ditubuhkan September 2013 sewaktu menyambung pengajian di UniKL MIMET.
Keupayaan mengemudi bahtera bisnes dan berstatus mahasiswa mendorong untuk
membina rangkaian dan meluaskan rakan kenalan dalam industri marin. Fokus utama
bisnes dalam membekalkan bot fiber, alat gantian
dan kepakaran dalam enjin sangkut.
Pencapaian cemerlang direkodkan pada tahun 2014,
membekalkan Jetski dan ATV untuk kegunaan Angkatan Pertahanan Awam dan tahun
2019, membekalkan sebanyak 400 unit bot penyelamat lengkap aksesori untuk
kegunaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. SMSR juga merupakan Pembekal Rasmi
enjin sangkut Yamaha.
Kini, pengalaman menerajui empayar bisnes mendapat
kepercayaan dan kontrak daripada agensi pertahanan untuk membekalkan alat-alat
gantian.
Ingin bekerjasama dan mendapatkan khidmat
konsultasi marin? Boleh hubungi terus di talian 05-6884461 atau email ke smsr.resources@gmail.com untuk
maklumat lanjut.