Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #4 23/9/2020

Lawatan Muhibbah Alumni Niaga (Alumniaga) UniKL MIMET #4 23/9/2020


IAR Agro Sdn Bhd, Pejabat Urusan dan Operasi di Bota, Perak. Anjuran Seksyen Teknoputra UniKL MIMET dengan kerjasama Teknoputra, UniKL Chancelery.

IAR Agro merupakan perintis Inkubator MARA, bimbingan Teknoputra UniKL MIMET dan pejabat MARA Daerah di UniKL MIMET. Uniknya, idea bisnes ini bermula semasa sesi pembelajaran, iaitu ketika penyediaan Projek Tahun Akhir.

Gandingan kepakaran 3 orang graduan UniKL MIMET mengemudi bahtera bisnes Teknousahawan dalam teknologi terkini iaitu Drone sejak 2018 dan mempunyai cawangan operasi di Kelantan. Perkhidmatan utama bisnes dalam teknologi semburan racun dan baja dalam sektor pertanian, konsultasi teknologi drone dan R&D dalam pembangunan teknologi drone khusus untuk sektor pertanian yang jimatkan masa dan kos-kos sampingan.

Syarikat muda ini kini mempunyai seramai 30 orang pekerja sepenuh masa dengan aset utama teknologi Drone sebanyak 35 unit dan keluasan ladang/sawah yang diurus sebanyak 28,000 ekar tanah. Mendapat kepercayaan dan kotrak daripada agensi MARDI, FELCRA, Koperasi Pertanian, MADA, Pertubuhan Peladang Kawasan dan petani individu untuk membekalkan perkhidmatan meracun & membaja pertanian.

Ingin bekerjasama dan mendapatkan perkidmatan terbaik dalam teknologi, boleh menghubungi terus En. Ikhwan Afif serta maklumat terkini, Like & Share FB: Ikhwan Afif Resources dan FB Page: Iar Agro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *