Anugerah Belia Negara 2019

Anugerah Belia Negara 2019

Tahniah! Anugerah Belia Negara 2019

Berpegang kepada falsafah hidup bahawa Sebaik-Baik Manusia, Adalah Yang Memberi Manfaat Kepada Insan Lain. Dailami Daniel Mat Nor, graduan bidang “Naval Architecture & Shipbuilding” pada tahun 2014 UniKL MIMET, merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukarelawan dan mempamerkan sifat kepimpinan tinggi serta semanggat juang dalam mengemudi perniagaan sendiri yang dibangunkan.  

Calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Tun Abdul Razak ini telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2019 bagi Kategori Emas Remaja Perdana yang disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 15 Mei 2019 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Bertemakan ‘Youth Power’, Hari Belia Negara dianjurkan bagi mengiktiraf penglibatan golongan belia dalam menggerak dan memartabatkan pembangunan belia di negara ini di samping rakan kongsi utama KBS iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM).

Menurut anak kelahiran Terengganu ini, seorang pemimpin perlu mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya untuk bertindak. Penerima Biasiswa Tun Rahah yang juga penerima Anugerah Nadi Negara 2016 itu mengakui segala pengikitrafan dimiliki adalah sebagai inspirasi kepada diri sendiri untuk terus menyumbang bakti dan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dalam pembangunan belia Malaysia.

Antara Anugerah tertinggi diperolehi:

2019 – Anugerah Perdana Belia Negara

2017 – Tun Rahah Scholarship Award

2017 – 1Met Top Entrepreneur

2016 – Anugerah Nadi Negara

2015 – The Duke of Edinburgh’s International Award for Young Peoples

http://belia.org.my/wp/2019/05/15/hari-belia-negara-2019-disambut-sederhana-penuh-pengisian

https://ewarta.mara.gov.my/2019/05/23/sebaik-baik-manusia-adalah-yang-memberi-manfaat-kepada-insan-lain/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *